Panduan

9 komponen Business Model Canvas

Business Model Canvas ialah satu helaian yang merangkumkan cara sesebuah perniagaan mencipta, menyampaikan dan memperoleh nilai. Fahami setiap komponen ini sebelum anda mula mengisi kanvas.

Rajah 9 komponen Business Model Canvas
Rajah 1: Templat Business Model Canvas
1

Segmen Pelanggan

Customer Segments

Kumpulan pelanggan yang paling penting untuk perniagaan ini.

Siapakah pelanggan utama anda?

2

Cadangan Nilai

Value Propositions

Nilai unik yang ditawarkan kepada setiap segmen pelanggan.

Masalah apa yang anda selesaikan?

3

Saluran

Channels

Saluran komunikasi, jualan dan penghantaran.

Bagaimana produk sampai kepada pelanggan?

4

Hubungan Pelanggan

Customer Relationships

Jenis hubungan yang dibina dengan setiap segmen.

Bagaimana anda kekalkan pelanggan?

5

Aliran Hasil

Revenue Streams

Sumber pendapatan dan model harga.

Bagaimana perniagaan menjana wang?

6

Sumber Utama

Key Resources

Sumber fizikal, intelek, manusia dan kewangan.

Apa aset penting yang diperlukan?

7

Aktiviti Utama

Key Activities

Aktiviti paling kritikal untuk model perniagaan berfungsi.

Apa yang mesti dilakukan setiap hari?

8

Rakan Strategik

Key Partners

Rangkaian pembekal dan rakan kongsi utama.

Siapa rakan kongsi dan pembekal anda?

9

Struktur Kos

Cost Structure

Kos tetap dan kos berubah yang paling ketara.

Apakah kos terbesar?